When I was little , mungkin dalam umur 7-8 tahun aku teringat la bila petang di padang dengan budak lain ada sorang abang ni yang umur nya dalam linkungan tak lebih dari 25 sentiasa tengok .Setiap petang jugak dia akan ada join sekali & selalu nya datang dengan seluar sukan kalau korang ingat yang butang dekat tepi pastu senang kita tarik terbukak tu . Kami pun seronok dalam istilah membuli dan dia tak pernah kisah .
Jujur nya boleh nampak dia akan seronok kalau join sekali dengan apa pun aktiviti padang yang kami buat masa umur tu .
Seingat aku jugak karekter dia yang tersengih dan sentiasa cakap pandang bawah .
Ramadhan .... aktiviti pun makin kurang tapi aku tetap perasan dia akan tetap tunggu di tepi padang sambil pegang bola dan terduduk sampai lewat petang .
Aidilfitri .... lepas habis sembahyang raya keluarga aku bersiap nak ke kubur arwah ayah aku dan ke kampung . Masa tu aku nampak dia ni melilau jalan depan rumah dengan complete baju raya & sampin . Aku tanya :
"abang nak pegi mana ni ? dorang semua banyak balik kampung"
"owh abang nak datang raya dengan korang semua la ni" sambil tersengih dengan baju nya yang aku perasan banyak kesan koyak & ditampal .
"abang balik dulu raya dengan family , nanti raya 3-4 kami balik la"
dengan muka yang separa tersengih dan dengan suara tenggelam
"abang mana ada family dah..."
"telah di ajar dan dibentuk untuk mengejar kehidupan , tapi adakah aku menghayati maksud kehidupan dalam proses mengejar?"
As long as I remember , persoalan yang paling aku fikir kan adalah "maksud" . Siapa yang memegang mempunyai kuasa untuk memberi maksud & kenapa setiap maksud adalah berbeza kalau katanya datang dari sumber yang sama ? Adakah kemungkinan maksud adalah suatu entit yang tidak dikenali dan cuba digarap kan dalam pemahaman sendiri dibentuk dari kecil melalui prejudis yang dibiak secara bergenerasi ? Sebagai suatu entiti yang diubah & dibentuk mengikut arus pergerakan zaman mengikut keperluan dalam kehidupan ?
Mungkin masalah bermula apabila suatu maksud itu tidak lagi berfungsi dalam suatu sistem tetapi ianya masih dikekal kan kerana ianya telah menjadi dogma & kepentingan sesetengah pihak yang konon nya pemegang panji kebenaran . Bukan lagi dengan niat kelansungan pemahaman manusia dalam proses kehidupan . Kini ianya telah menjadi entiti yang membelenggu kehidupan untuk terus terbuka dalam menuju kemajuan .
Pernah terbaca dulu tak silap nya Einstein pernah berkata maksud kebenaran berfungsi dengan masa . Sedikit sebanyak membuat kan aku terfikir , kebenaran bukan nya adalah hak mutlak sesiapa ! Bila berlaku nya sesuatu persoalan dalam suatu sistem yang memberi maksud ianya ditolak ketepi kerana ianya adalah bercanggahan dari apa yang telah dibentuk . Seperti nya dalam proses untuk berkembang itu disekat secara total kerana sifat dogmatis masih tepu dalam jiwa dan tiada siapa berani persoal kan keranya ianya telah diwaris kan secara bergenerasi .
"jika lebih lama sesuatu idea itu ditulis , ianya akan lebih dipercayai dan akan tetap dipercayai walaupun bercanggahan dengan kebenaran yang wujud pada masa yang ada"
Setiap wajah & karekter yang aku temui dalam kehidupan yang difahami singkat ini sentiasa akan memberi pemahaman baru pada diri dan menghancurkan sedikit demi sedikit prejudis yang hasil nya dari pemahaman cetek tentang sesuatu perkara .
Melihat dengan hati , merobek tembok pemisah seperti jurang perbezaan agama , bangsa & status .