RG Collingwood once said
"Art is best when it helps us live better lives"
sejenak , ambil masa dengan nafas dalam dan dengan sedaya upaya , bayang kan maksud sebenar yang dianggap "indah" dan akal itu mempunyai pendapat yang berbeza tentang apa yang di fikir kan sama ada ianya datang secara nyata atau hanya imaginasi . Secara total maksud keindahan bagi setiap insan adalah berbeza (jika dijawab dengan telus) kerana seperti idea lain yang telah lama wujud , manusia adalah ciptaan yang penuh dengan unsur kreativiti dinamik . Sentiasa bergerak dan juga berubah melalui pengalaman unik ada pada setiap detik yang berlainan membuat kan kepelbagaian yang konsisten .
Konon nya maksud estetika yang pada zaman serba moden ini adalah kefahaman tentang nilai keindahan sesuatu objek yang diransang oleh panca indera dan di proses menggunakan minda . Tetapi sering kali bagi mereka yang buta atau sengaja membutakan mengikut arus yang wujud dan secara halus telah dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan memandang rendah tentang eudaimonia manusia .
"estetika harus nya menjurus ke arah kebenaran dalam perlambangan fitrah manusia yang penuh dengan penjelasan misteri kehidupan"
