Diberi 1 idea pada sekumpulan pelajar yang datang nya dari latar belakang yang berbeza yang berkemungkinan seorang itu datang nya dari keluarga berada dan di sebelah nya pula membesar dengan kesusahan . Kemudian mungkin pula ada di belakang atau hadapan mereka pula pelajar-pelajar yang membesar dari budaya yang berlainan , mempunyai sejarah yang menarik dan rumit sukar untuk diterjemah kan tanpa ada unsur keterbukaan untuk memahami .
Idea yang 1 itu akan ditapis melalui cara pemikiran yang datang nya dari pengalaman kehidupan masing-masing dan datang nya pemahaman baru yang pasti nya akan berbeza antara satu sama lain dari idea asal yang diberi .
Kemungkinan juga dari situ akan datang nya idea baru yang lebih kreatif & inovatif jika digalakkan kepada mereka untuk mengembang kan pendapat masing-masing tanpa unsur prejudis & ketepuan dogmatis yang sekian lama telah membelenggu seseorang manusia itu untuk terus rasa takut kerana merasa diri nya tidak berbaloi .
cuba baca cerita tentang Musa & Khdir .
maybe akan faham kaitan nya :)
soalan mudah , kalau semua orang tahu apa itu kebenaran , kenapa kita masih berperang & tak berhenti bergaduh sesama sendiri ?

No comments:
Post a Comment