Kah ?
Joel Grimes dalam salah 1 video dia pernah kata when you do something dalam bidang kerja , consider yourself and percaya that you are an artist .... Aku pernah cuba terap kan dalam diri untuk menggelar dan percaya pada benda tu tapi makin lama jujur nya semakin meluat dengan istilah seni dan artis itu sendiri .
Masa zaman permulaan langkah dulu konon berkobar dengan niat apa yang dihasilkan penuh dengan mesej dan untuk melakukan perubahan dari segi cara pemikiran , kesedaran & etika . Tapi bila mana makin lama diamati makin terserlah corak hitam yang cuba dikubur dengan warna dan corak dipanggil "seni".
Lebih lagi dengan mereka yang dikatakan memperjuang dan melaungkan bahawa mati hidup mereka untuk kesinambungan suatu gerakan itu adalah mereka yang sama mewarnakan corak itu . Yang juga jika diperhati tanpa hakikat "menyapu di balik tikar" akan nampak segala jenis lubuk hanyir yang busuk nya membuat kan kau rasa kebencian membuak .
living in the world where they teach you untuk menjadi lebih penting kan diri & ianya bagus .
- semua di bawah adalah bunga plastik -
"ada segilintir mungkin manusia diri nya walau dipaksa memandang ke arah lain dia tetap tidak akan patuh walau bila ketika betapa busuk nya langit dicemari dengan asap yang menyesakkan , dia sedar dia berseorangan dan harus teguh . seperti memerhati dinding kosong untuk sekian lama hanya untuk memahami bahawa kewujudan dipersiakan , tiada maksud lagi wujud . Menggelap kan hati , seperti asap itu , jiwa dibeku seperti ais , lahir seorang yang bebas untuk membentuk corak nya sendiri dalam dunia yang semakin lumpuh dan kering ."
No comments:
Post a Comment