Saturday, June 20, 2015


"zaman berzaman tinggal harapan" - XPDC


Dalam sesetengah keadaan dan dalam jangka masa kehidupan yang singkat ini selalu nya akan terjumpa mereka yang mendakwa diri sebagai orang yang berilmu walhal apabila diajukan soalan kepadanya ternyata apa yang ada cuma sesi pengulangan semula yang telah diwarisi dan sistem pendidikan yang penuh dengan pembinaan struktur penjara minda untuk menghalang proses pemikiran secara kritis.

Dan selalunya juga apa yang dapat dikesan adalah apa yang diungkap dari mulut nya hanya lah kebenaran yang berpartial & yang digembur kan sebagai rasa perjuangan itu adalah kabur dan ternyata bukan untuk ke arah kebenaran .

Seperti jambatan rapuh yang masih lagi digunakan walaupun ianya nanti akan ternyata hancur dimakan usia .

Dan kita masih lagi membincang kan topik tentang isu remeh temeh dan menyalah kan yahudi .


"if you are looking for the guilty you need only look into a mirror"


Things to be passed on in silence



Terkadang muak dengan unsur retorik , kerana difikir kan semula dalam zaman ini ianya tidak lebih menganjur kan jarak kepada kebenaran itu sendiri .

Di sini tiada jawapan , yang cuma ada cuma pengenalan terhadap proses pertanyaan terhadap apa yang sedia ada .

masih ingat semalam ? Ya , semalam masih wujud .
dengan harapan kau segar bernafas untuk terus terbang .

dengan harapan .

kau terus terbang .




Sunday, June 14, 2015



Diberi 1 idea pada sekumpulan pelajar yang datang nya dari latar belakang yang berbeza yang berkemungkinan seorang itu datang nya dari keluarga berada dan di sebelah nya pula membesar dengan kesusahan . Kemudian mungkin pula ada di belakang atau hadapan mereka pula pelajar-pelajar yang membesar dari budaya yang berlainan , mempunyai sejarah yang menarik dan rumit sukar untuk diterjemah kan tanpa ada unsur keterbukaan untuk memahami .

Idea yang 1 itu akan ditapis melalui cara pemikiran yang datang nya dari pengalaman kehidupan masing-masing dan datang nya pemahaman baru yang pasti nya akan berbeza antara satu sama lain dari idea asal yang diberi . 

Kemungkinan juga dari situ akan datang nya idea baru yang lebih kreatif & inovatif jika digalakkan kepada mereka untuk mengembang kan pendapat masing-masing tanpa unsur prejudis & ketepuan dogmatis yang sekian lama telah membelenggu seseorang manusia itu untuk terus rasa takut kerana  merasa diri nya tidak berbaloi .

cuba baca cerita tentang Musa & Khdir .
maybe akan faham kaitan nya :)





soalan mudah , kalau semua orang tahu apa itu kebenaran , kenapa kita masih berperang & tak berhenti bergaduh sesama sendiri ?


Thursday, June 11, 2015


Pada mula nya manusia yang tidak dapat dipisah kan dengan naluri spiritual telah mencipta sesuatu menerusi pemberian alam paling berkuasa , imaginasi . Sesuatu yang tidak difahami tapi dianggap sebagai idea yang berkesan dan tiba mulanya ia sebagai suatu pelantar untuk menjawab segala misteri dan tragedi dalam kehidupan .

Ianya berkesan selama ribuan tahun dalam peredaran zaman dan perubahan peradaban . Wujud nya idea ini secara berterusan dan dalam keadaan hipokrit mereka tidak mengakui ianya sering ditukar ganti atas kepentingan dan kesesuaian terhadap sesuatu keadaan .

"one of the greatest human ideas of all time" 

Secara halus , kini ianya tenat , menunggu masa untuk mati ...
Mati di tangan mereka sendiri yang cuba menyelamat kan sisa yang sia-sia . 




bunuh "diri"
bunuh "orang"
bunuh "kita"

masih ingat ?
in the beginning ...


Tuesday, June 2, 2015


Kah ?

Joel Grimes dalam salah 1 video dia pernah kata when you do something dalam bidang kerja , consider yourself and percaya that you are an artist .... Aku pernah cuba terap kan dalam diri untuk menggelar dan percaya pada benda tu tapi makin lama jujur nya semakin meluat dengan istilah seni dan artis itu sendiri .

Masa zaman permulaan langkah dulu konon berkobar dengan niat apa yang dihasilkan penuh dengan mesej dan untuk melakukan perubahan dari segi cara pemikiran , kesedaran & etika . Tapi bila mana makin lama diamati makin terserlah corak hitam yang cuba dikubur dengan warna dan corak dipanggil "seni".

Lebih lagi dengan mereka yang dikatakan memperjuang dan melaungkan bahawa mati hidup mereka untuk kesinambungan suatu gerakan itu adalah mereka yang sama mewarnakan corak itu . Yang juga jika diperhati tanpa hakikat "menyapu di balik tikar" akan nampak segala jenis lubuk hanyir yang busuk nya membuat kan kau rasa kebencian membuak .

living in the world where they teach you untuk menjadi lebih penting kan diri & ianya bagus .

- semua di bawah adalah bunga plastik -





"ada segilintir mungkin manusia diri nya walau dipaksa memandang ke arah lain dia tetap tidak akan patuh walau bila ketika betapa busuk nya langit dicemari dengan asap yang menyesakkan , dia sedar dia berseorangan dan harus teguh . seperti memerhati dinding kosong untuk sekian lama hanya untuk memahami bahawa kewujudan dipersiakan , tiada maksud lagi wujud . Menggelap kan hati , seperti asap itu , jiwa dibeku seperti ais , lahir seorang yang bebas untuk membentuk corak nya sendiri dalam dunia yang semakin lumpuh dan kering ."